Surface Pressure

"Surface Pressure" (Bahasa Melayu: Sekilas Pandang; Bahasa Indonesia: Permukaan) ialah lagu daripada filem muzikal animasi Disney iaitu, Encanto (2021), dikeluarkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi filem itu pada 19 November 2021, oleh Walt Disney Records. Ia ditulis oleh penyanyi-penulis lagu Amerika iaitu, Lin-Manuel Miranda, dan dinyanyikan oleh pelakon Amerika, Jessica Darrow. Sebuah lagu reggeaton, "Surface Pressure" menerangkan kepedihan yang dialami Luisa Madrigal, yang di mana dia memiliki kekuatan "hadiah" iaitu gagah dan kuat, dan disebabkan dialah menghadapi tekanan sebagai seorang kakak yang boleh dipercayai dalam keluarga Madrigal.[1]Lagu tersebut memberikan Darrow sebagai kemunculan pertamanya di berbagai carta lagu antarabangsa. Lagu ini memuncak di nombor sembilan Billboard Hot 100, menjadikan Encanto sebagai filem Disney yang pertama menghasilkan dua lagu 10 terbesar di carta lagu tersebut, mengikuti "We Don't Talk About Bruno" yang meraih nombor satu. Di negara negara lain, "Surface Pressure" telah mencapai nombor empat di United Kingdom,[2] nombor lapan di Ireland,[3] nombor 12 di Canada,[4] nombor 18 di Australia,[5] dan nombor 28 di New Zealand.[6] Lagu ini memuncak di nombor sembilan carta lagu Billboard Global 200.[7]

Surface Pressure

Label Walt Disney
Durasi 3:22
Penulis Lin-Manuel Miranda
Penerbit
  • Lin-Manuel Miranda
  • Mike Elizondo
Genre Reggeaton
Dikeluarkan 19 November 2021

Rujukan

WikiPedia: Surface Pressure https://www.aria.com.au/charts/singles-chart/2022-... https://smh.com.au/culture/music/seven-foot-frame-... https://www.billboard.com/charts/billboard-global-... https://www.billboard.com/charts/canadian-hot-100/... https://collider.com/encanto-luisa-surface-pressur... https://www.latimes.com/entertainment-arts/awards/... https://mashable.com/article/encanto-surface-press... https://www.officialcharts.com/charts/irish-single... https://www.officialcharts.com/charts/singles-char... https://www.rollingstone.com/music/music-latin/enc...